Pengakap Saudi bantu 206,000 jemaah Haji yang dilapor tersesat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/ Sajjad Hussain)
MAKKAH: Statistik dari kem-kem perkhidmatan awam Persatuan Pengakap Lelaki Arab Saudi di Makkah dan Tanah Suci menunjukkan bahawa seramai 206,582 jemaah dilaporkan tersesat ketika musim Haji tahun ini.
Daripada jumlah tersebut, 12,589 jemaah dibawa oleh para pengakap ke ibu pejabat Haji negara masing-masing. Manakala 193,993 jemaah menerima bantuan melalui aplikasi pintar, lapor Saudi Gazette.
Perangkaan itu menunjukkan bahawa pengakap yang bertugas menjalankan 3,732 misi bantuan di Makkah dan kawasan lain di Tanah Suci.
Timbalan Presiden Persatuan Pengakap Lelaki Arab Saudi dan penyelia am kemah perkhidmatan, Abdullah Al-Fahd, berkata bahawa kejayaan yang diraih itu berpunca daripada sokongan dan galakan yang diterima anggota pengakap daripada Presiden persatuan itu, Yousef Al-Banyan, dan Menteri Haji dan Umrah Dr. Tawfiq Al-Rabiah.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.