Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengakap relawan Saudi sumbang 11,800 jam dalam 10 hari pertama Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
 Pengakap relawan Saudi sumbang 11,800 jam dalam 10 hari pertama Ramadan

Kawasan Masjidil Haram pada 7 Jun 2024. (Gambar: @HaramainInfo/X)

Diterbitkan : 13 Mar 2025 11:58PM Dikemas Kini : 14 Mar 2025 12:04AM
MAKKAH: Pengakap muda Makkah di Persatuan Pengakap Arab Saudi menyumbang sebanyak 11,800 jam sukarela sepanjang 10 hari pertama Ramadan, menurut Arab News.

Dengan kerjasama Jabatan Makkah Kementerian Pendidikan, kem perkhidmatan jemaah persatuan telah pun menghantar 295 pengakap untuk membantu para jemaah umrah di Makkah sepanjang Ramadan.

Ketua kem Ziyad Qadeer berkata kem itu memainkan peranan penting dalam menggalak kesukarelawanan, patriotisme, dan imej positif belia Arab Saudi.

Ini sekali gus mengesahkan bahawa perkhidmatan mereka akan berterusan sepanjang Ramadan.

Kem tersebut juga bekerjasama dengan Penguasa Am untuk Penjagaan Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, Kelompok Kesihatan Makkah, dan Direktorat Am Keselamatan Awam.
 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan