Pengagihan daging korban akan dilaksana dengan ketat di Masjid Istiqlal di Jakarta; hanya melalui pihak yayasan
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Agensi berita
JAKARTA: Ketua Harian Masjid Istiqlal di ibu kota Jakarta, Indonesia, Asep Saepudin mengatakan, pengagihan daging korban akan dilakukan secara ketat dan hanya kepada pihak yayasan, bukan lagi orang perseorangan.
Hal itu dilakukan untuk menghindari penerima daging rekaan. "Ada tahun lalu kami temukan, (penerima) itu rekaan. Nah, itu sebabnya (agihan daging) pakai yayasan," kata Asep selepas solat Aidiladha, Khamis (29 Jun).
Yayasan yang ingin mendapatkan daging korban juga akan melalui proses verifikasi atau pengesahan.
"Pernah pengalaman juga, jadi yayasan atau rumah kebajikan, kirim permohonan, kemudian kami sahkan. Setelah disahkan secara fizikal, tidak ada, tapi suratnya ada," kata beliau lagi.
"Nah, itu sebabnya kami ada pasukan audit. Jadi setiap melaksanakan, kami periksa," sambung Encik Asep.
Masjid Istiqlal juga memastikan tidak ada perlaksanaan korban pada Hari Raya Aidiladha pada Khamis.
Proses penyembelihan haiwan korban itu sebaliknya akan dijalankan pada Sabtu ini.
"Pertimbangannya supaya masyarakat itu dapat menikmati haiwan korban dulu dari tempat masing-masing," kata Asep.
Pertimbangan lainnya adalah kerana pihak Masjid Istiqlal ingin fokus kepada pelaksanaan solat hari raya supaya berjalan tertib dan nyaman.
Selain itu, penyembelihan pada hari Sabtu kelak akan dilakukan karena pada hari Jumaat esok waktunya lebih pendek, dengan waktu penyembelihan akan menjejas masa pelaksanaan solat Jumaat.

Sumber : Agensi berita/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.