Pengacara M'sia Mahadzir Lokman meninggal dunia
Pengacara terkenal M'sia, Mahadzir Lokman meninggal dunia
Allahyarham Mahadzir Lokman. (Gambar: @aktorzulkifli/Instagram)
KUALA LUMPUR: Pengacara terkenal di Malaysia Mahadzir Lokman meninggal dunia, awal pagi tadi (3 Ogos).
Perkara itu disahkan adik Allahyarham, Ida Lokman, ketika dihubungi Astro Awani.
Allahyarham, 61 tahun meninggal dunia selepas menunaikan sembahyang subuh di sebuah hotel di Kota Kinabalu, Sabah.
“Mahadzir berada di Kota Kinabalu atas urusan kerja," menurut Ida.
Bagaimanapun, punca kematian masih belum dapat dikenal pasti.
Pada September 2017, Allahyarham Mahadzir dikejarkan ke hospital selepas dijumpai tidak sedarkan diri di kediamannya di Petaling Jaya, Selangor.
Ketika itu, Allahyarham dilaporkan dijangkiti bakteria selepas pulang dari Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.