Skip to main content

Dunia

Penerokaan tanah besar-besaran didakwa punca banjir buruk Sumatra

Angka korban akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah utama di Sumatra meningkat kepada 712 orang, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) pada Selasa (2 Dis) petang, lapor Astro Awani.
Anggaran Waktu Membaca:
Penerokaan tanah besar-besaran didakwa punca banjir buruk Sumatra
Banjir besar dan tanah runtuh yang melanda Aceh, Sumatra Utara, dan Sumatra Barat menyebabkan 507 orang hilang, dengan lebih 2,500 orang cedera, selain menjejaskan 3.3 juta penduduk. (Gambar: REUTERS)
New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 03 Dec 2025 07:52AM
JAKARTA: Angka korban akibat banjir besar dan tanah runtuh yang melanda tiga wilayah utama di Sumatra meningkat kepada 712 orang, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) pada Selasa (2 Dis) petang, lapor Astro Awani.

Bencana yang melanda Aceh, Sumatra Utara, dan Sumatra Barat itu turut menyebabkan 507 orang hilang, manakala lebih 2,500 orang cedera dan 3.3 juta penduduk terjejas.

Mengikut pecahan wilayah, Aceh mencatatkan 218 kematian, diikuti Sumatra Utara dengan 301 orang, dan Sumatra Barat seramai 193 orang.

Dalam pada itu, banjir dan tanah runtuh juga menimpakan kerosakan terhadap beribu-ribu rumah di lebih 50 daerah dan kota.

Ini menjadikan bencana tersebut antara yang paling dahsyat dalam dekad ini.

Kerugian ekonomi dianggarkan mencecah 68.67 trilion rupiah (S$5.35 bilion), menurut Center of Economic and Law Studies (Celios), meliputi kerosakan rumah, jembatan, jalan, kehilangan hasil sawah, dan pendapatan isi rumah, lapor Astro Awani.

Sementara itu, Wahana Lingkungan Hidup Indonesia (Walhi) menegaskan bahawa bencana tersebut bukan semata-mata berpunca daripada cuaca ekstrem, tetapi juga akibat penerokaan tanah secara besar-besaran sejak 2016.

Analisis mereka mendapati lebih 1.4 juta hektar hutan sudah hilang di ketiga-tiga wilayah, dengan 631 lesen operasi komersial dikeluarkan kepada syarikat dalam sektor perlombongan, perladangan sawit, pembalakan dan tenaga.

“Curah hujan hanyalah pemicu. Tapi kondisi ekologis kita sudah sangat rentan akibat eksploitasi lahan,” kata Pengurus Kampanye Hutan dan Kebun Walhi Nasional, Uli Arta Siagian, seperti yang dipetik Astro Awani.

Pihak berkuasa kini berdepan cabaran besar untuk memulihkan infrastruktur, mencari mangsa yang hilang serta menyalurkan bantuan ke kawasan yang masih terputus hubungan.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita