Penerbangan terganggu di New Delhi akibat kabus tebal
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Arun SANKAR / AFP)
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 19 penerbangan dilencongkan, lebih 200 penerbangan yang lain sama ada dijadual semula atau ditangguhkan, manakala perkhidmatan 81 kereta api terganggu akibat jarak penglihatan sifar disebabkan oleh kabus tebal di sekitar Delhi pada Sabtu (4 Jan), lapor Xinhua.
Menurut sumber di Lapangan Terbang Antarabangsa Indira Gandhi di Delhi, pendaratan dan keberangkatan pesawat terjejas antara pukul 12.15 tengah malam hingga 1.30 pagi apabila jarak penglihatan berkurangan hampir ke paras sifar.
Lapangan terbang Delhi mengeluarkan nasihat perjalanan kepada penumpang, sambil memberi amaran kemungkinan berlaku kelengahan penerbangan dan menasihatkan mereka supaya berhubung dengan syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai pendaratan dan keberangkatan pesawat.
Pergerakan trafik di ibu negara juga perlahan, menjejaskan perjalanan pengguna jalan raya.
Seorang pegawai khidmat kereta api India mengesahkan bahawa pergerakan sejumlah 81 kereta api keluar masuk dari Delhi turut terjejas akibat jarak penglihatan yang terhad disebabkan oleh kabus tebal.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.