Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penerbangan Syrian Airlines pertama tiba di Arab Saudi selepas lebih 10 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan Syrian Airlines pertama tiba di Arab Saudi selepas lebih 10 tahun

(Gambar: Facebook/Tourism in Syria)

RIYADH: Sebuah penerbangan Syrian Airlines tiba di Lapangan Terbang Raja Khalid di Riyadh buat pertama kali dalam 10 tahun, sekali gus menandakan kembalinya penerbangan tetap antara Syria dengan Arab Saudi.

Riyadh Airports Company meraikan acara itu di lapangan terbang tersebut dengan kehadiran Ayman Soussan, duta Syria ke Arab Saudi, serta sejumlah pegawai Saudi dalam sektor pengangkutan udara, lapor Saudi Gazette.

Encik Soussan menekankan bahawa acara tersebut melambangkan berita baik bagi rakyat Syria dan Saudi, kerana mereka dapat mengelak penerbangan tidak langsung.

Beliau menarik perhatian bahawa penerbangan antara Syria dengan Arab Saudi merupakan langkah tambahan dalam perkembangan kukuh hubungan antara kedua-dua negara.

French Press Agency memetik Encik Soussan yang berkata bahawa pesawat Syrian Airlines tiba pada Rabu (10 Jul), pukul 6:30 pagi waktu Riyadh, dengan 170 penumpang dari Syria.

Beliau menambah bahawa kedua-dua negara bersetuju untuk mengendalikan satu penerbangan pergi balik setiap minggu antara Riyadh dengan Damsyik.

Pengarah Pejabat Media di Kementerian Pengangkutan Syria, Suleiman Khalil, berkata, "Kemungkinan untuk meningkatkan destinasi di Saudi bagi Syrian Airlines termasuk lapangan terbang Jeddah dan Dammam, adalah berdasarkan permintaan dan keperluan pasaran."
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan