Penerbangan Swiss buat pendaratan kecemasan, satu anak kapal di bawah jagaan rapi
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Facebook/Swiss International Air Lines)
ZURICH: Sebuah penerbangan Swiss International Airlines yang menuju ke Zurich daripada Bucharest terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Austria kerana mengalami masalah enjin dan asap di kabin dan kokpit, menyebabkan seorang anak kapal unit jagaan rapi, menurut syarikat itu.
Pesawat Airbus A220-300 yang terlibat dalam kejadian pada Isnin (23 Dis) membawa 74 penumpang dan lima anak kapal apabila ia mendarat di bandar Graz, Austria. Kesemua penumpang dipindahkan, dan sebilangan besar kini dalam perjalanan pulang ke Zurich, menurut Swiss dalam satu kenyataan.
Seramai 12 penumpang dalam penerbangan LX1885 telahpun mendapatkan rawatan. Mereka yang dimasukkan ke hospital telahpun dibenarkan pulang. Dua anggota kabin masih menjalani rawatan, di mana salah seorang kini berada di unit jagaan rapi, menurut Swiss.
Keadaannya masih tidak jelas, tambahnya.
Swiss menyatakan bahawa ia kini berkerjasama dengan pihak berkuasa dalam siasatan kejadian, namun ia tidak boleh memberikan butiran lanjut buat masa ini.
Sebuah penerbangan yang membawa 63 penumpang yang dipindahkan akan tiba di Zurich pada pagi Selasa, tambah syarikat penerbangan itu.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.