Penerbangan Ryanair mendarat cemas di Jerman akibat gelora udara
Anggaran Waktu Membaca:
Ibu pejabat Ryanair di Dublin, Ireland, pada 16 September, 2021. (Gambar fail: REUTERS/Clodagh Kilcoyne/File Photo)
MUNICH: Lapan orang cedera selepas sebuah pesawat Ryanair mengalami gelora udara teruk akibat ribut kuat di selatan Jerman, memaksa pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Bavaria, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis tempatan pada Khamis (5 Jun).
Pesawat yang membawa 179 penumpang dan enam anak kapal itu dalam penerbangan dari Berlin ke Milan pada Rabu malam (4 Jun) apabila ia mengalami gegaran kuat, menyebabkan lapan penumpang dan seorang anak kapal cedera, menurut kenyataan tersebut.
Pesawat itu kemudian melakukan pendaratan tidak berjadual di Lapangan Terbang Memmingen pada jam 8.44 malam (1844 GMT), kira-kira 100 kilometer di barat Munich, bagi membolehkan mangsa yang cedera menerima rawatan perubatan.
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang mengalami lebam, dikejarkan ke hospital berikutan kecederaan yang serius.
Memandangkan pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan pesawat itu meneruskan penerbangan, Ryanair mengatur bas bagi membawa para penumpang ke destinasi masing-masing pada waktu malam, menurut polis. Penerbangan gantian turut disediakan pada pagi Khamis.
Ryanair setakat ini belum memberi sebarang komen berhubung insiden tersebut.
Ribut yang melanda turut menyebabkan kerosakan di kawasan kediaman sekitar rantau itu, dengan angin kencang menerbangkan bumbung beberapa rumah di bandar Ulm, menurut pasukan bomba.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.