Skip to main content

Dunia

Penerbangan dibatal, kerja ditangguh selepas Taufan Koinu hampiri Taiwan

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan dibatal, kerja ditangguh selepas Taufan Koinu hampiri Taiwan

(Gambar: National Institute of Information and Communications Technology via AP)

Diterbitkan : 04 Oct 2023 02:46PM Dikemas Kini : 04 Oct 2023 02:47PM
TAIPEI: Taufan Koinu membadai ke arah selatan Taiwan pada Rabu (4 Okt), membawa bersamanya hujan lebat dan angin kencang.

Ia juga menyebabkan 70 pembatalan penerbangan domestik dan penggantungan kerja dan sekolah di kawasan-kawasan bandar di bahagian selatan pulau itu mulai lewat petang, menurut laporan Reuters.

Taufan Koinu dijankga melanda pesisiran pantai selatan Taiwan, berhampiran bandar Taitung pada pagi Khamis (5 Okt) dan akan menjadi taufan kategori tiga.

Namun, ia akan menjadi semakin lemah setelah ia melintasi hujung selatan pulau itu dan memasuki Selat Taiwan, menurut Tropical Storm Risk, lapor Reuters.

Hujan paling lebat akan disaksikan di sepanjang bahagian pergunungan dan daerah Pingtung yang tidak mempunyai ramai penduduk, di bahagian selatan dan daerah pantai timur Taitung dan Hualien.

Namun taufan itu juga akan menjejas bandar pelabuhan utama di Kaohsiung.

Kaohsiung serta bandar Tainan akan menggantung kerja dan sekolah mulai 6.00 petang waktu tempatan pada hari Rabu apabila cuaca menjadi semakin buruk.

Selepas melalui Taiwan, taufan itu akan menuju ke wilayah Guangdong dan Fujian di China dan kemudian ke Hong Kong, di mana ia berkemungkinan semakin lemah untuk digelarkan ribut tropika, menurut laporan Reuters.

Menurut Balai Cerap Cuaca Hong Kong, Taufan Koinu akan melanda dalam jarak 800 km dari hab kewangannya pada petang Rabu. Balai cerap akan mengeluarkan isyarat taufan paling rendah, 1, pada Rabu malam.
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita