Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dibatal dek gangguan bekalan elektrik

Anggaran Waktu Membaca:
MANILA: Gangguan bekalan elektrik di lapangan terbang di Manila pada awal pagi Isnin (1 Mei) menyebabkan beberapa penerbangan domestik terpaksa dibatalkan, menurut pihak berkuasa lapangan terbang Filipina.

Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Manila (MIAA) memaklumkan gangguan bekalan elektrik di Terminal 3 berlaku sejurus selepas pukul 1.00 pagi waktu tempatan pada Isnin.

"Bekalan kuasa sokongan kini membekalkan elektrik ke kemudahan kritikal yang membolehkan sebahagian sistem komputer syarikat penerbangan dan imigresen berfungsi serta membolehkan pemprosesan penumpang masuk dan keluar," menurut MIAA dalam satu kenyataan.

MIAA memaklumkan bahawa kakitangan operasi kini terus melakukan pemantauan di Terminal 3 untuk membantu penumpang.

Setiausaha Pengangkutan Jaime Bautista berkata sistem penjana Terminal 3 digunakan untuk membekalkan kuasa manakala pasukan kejuruteraan MIAA sedang meneliti punca gangguan bekalan elektrik itu.

Presiden Filipina Ferdinand Romualdez Marcos yang kini dalam lawatan rasmi ke Amerika Syarikat telah mengarahkan Encik Bautista untuk memulihkan bekalan kuasa "secepat mungkin".

Gangguan bekalan elektrik turut melanda lapangan terbang Manila pada Januari lalu, mencetuskan masalah teknikal dan menyebabkan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa dibatalkan.
 
Sumber : Bernama/HA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan