Penerbangan dari Lapangan Terbang Manchester dibatalkan susuli gangguan bekalan elektrik

Para penumpang terpaksa menunggu di Lapangan Terbang Manchester disebabkan angin kencang yang melanda akibat Ribut Isha pada 21 Jan 2024. (Gambar fail: Paul ELLIS / AFP)
Sebilangan penerbangan, terutamanya dari Terminal 1 dan 2, dijangka tergendala atau dibatalkan, menurut jurucakap tersebut.
Gangguan bekalan elektrik itu pada awalnya dilaporkan oleh agensi berita Sky News, yang menyatakan bahawa terdapat masalah pada bekalan elektrik yang menjejaskan lapangan terbang berkenaan dan beberapa bangunan lain.
Bekalan elektrik bagaimanapun sudah dipulihkan tetapi kesannya akan menjejas perkhidmatan sepanjang hari, tambah laporan tersebut.
"Penumpang-penumpang yang dijadual untuk melakukan perjalanan dari Terminal 1 atau 2 dinasihatkan supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing sebelum ke lapangan terbang tersebut.
"Para penumpang yang dijadual untuk berlepas dari Terminal 3 boleh datang ke lapangan terbang itu seperti biasa kecuali dinasihatkan sebaliknya oleh syarikat penerbangan mereka tetapi mungkin terjejas oleh kelengahan," jelas jurucakap lapangan terbang itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.