Skip to main content

Dunia

Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rome susuli ancaman bom

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan American Airlines dilencongkan ke Rome susuli ancaman bom

(Gambar: Facebook/American Airlines)

Diterbitkan : 24 Feb 2025 01:07PM Dikemas Kini : 24 Feb 2025 01:08PM
ROME: Sebuah pesawat penumpang syarikat American Airlines yang dalam perjalanan dari New York ke Delhi terpaksa dilencongkan ke Rome menyusuli ancaman bom pada petang Ahad (23 Feb), lapor Agensi Berita Itali ANSA.

Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rome ketika berada di ruang udara Laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter Tentera Udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat, menurut laporan itu. 

Bagaimanapun, ancaman bom yang dihantar menerusi e-mel kemudiannya disahkan sebagai tidak berasas oleh American Airlines. 

Selepas pemeriksaan dilakukan, pesawat Boeing 787-9 Dreamliner yang membawa 199 penumpang dan 15 anak kapal itu dibenarkan berlepas semula ke ibu kota India.
Sumber : Bernama/SU/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita