Skip to main content

Dunia

Penerbangan AirAsia dari KL ke Sabah dilencongkan kerana ada ular

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan AirAsia dari KL ke Sabah dilencongkan kerana ada ular

(Gambar: @edal8808/TikTok)

Diterbitkan : 11 Feb 2022 11:05PM

KUALA LUMPUR: Penerbangan AirAsia dari Kuala Lumpur ke Tawau, Sabah pada Khamis (10 Feb) terpaksa dilencongkan selepas kelibat ular dilihat dalam ruang lampu bahagian siling pesawat.

AirAsia menyatakan sebaik sahaja kapten penerbangan itu menyedari kejadian tersebut, beliau membuat keputusan untuk melencongkan pesawat ke Kuching, Sarawak.

Ini dilakukan sebagai langkah berjaga-jaga untuk membersihkan pesawat itu, kata syarikat penerbangan tersebut ketika ditanya Mediacorp sama ada tindakan melencongkan penerbangan dibuat akibat kelibat ular dalam pesawat.

Klip video yang dimuat naik di media sosia menunjukkan kelibat ular di ruang siling pesawat.

“Kejadian ini sangat jarang berlaku dalam mana-mana pesawat dari semasa ke semasa,” kata ketua pegawai keselamatan AirAsia Kapten Liong Tien Ling dalam satu kenyataan melalui emel kepada Mediacorp pada Jumaat (11 Feb).

"Kapten mengambil tindakan yang sewajarnya," kata Kapten Liong, sambil menambah bahawa keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal sentiasa menjadi keutamaan mereka.

Pesawat itu berlepas dari Kuching ke Tawau pada Khamis.

Sumber : CNA/KF/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita