Skip to main content

Dunia

Penerbangan Air France ke Seoul dilencong ke Munich selepas juruterbang kesan bau terbakar

Sebuah pesawat Air France dari Paris ke Seoul terpaksa dilencongkan ke Munich pada Ahad (9 Nov) selepas bau terbakar dikesan di bahagian kokpit, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat penerbangan itu.
Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan Air France ke Seoul dilencong ke Munich selepas juruterbang kesan bau terbakar
Pesawat Air France. (Gambar fail: AFP/Boris Horvat)
MUNICH: Sebuah pesawat Air France dari Paris ke Seoul terpaksa dilencongkan ke Munich pada Ahad (9 Nov) selepas bau terbakar dikesan di bahagian kokpit, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan syarikat penerbangan itu.

Pesawat itu mendarat di Munich pada awal petang, menurut pihak lapangan terbang. 

Kakitangan pesawat memilih untuk mendarat sebagai langkah berjaga-jaga, menurut syarikat penerbangan itu sambil memaklumkan bahawa punca bau terbakar berkenaan masih belum dikenal pasti.

Jurucakap lapangan terbang berkata pesawat berkenaan ditunda keluar selepas mendarat.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan penumpang, yang kemudiannya dibawa ke terminal dan diberikan bantuan oleh kakitangan terminal serta pekerja syarikat penerbangan.

Menurut Air France, penerbangan pulang ke Paris dirancang pada lewat petang dan penginapan akan disediakan untuk para penumpang sekiranya diperlukan.

Syarikat penerbangan itu bagaimanapun masih belum memaklumkan penerbangan pengganti ke Seoul.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita