Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penentang junta anjur bantahan merata Myanmar sempena ulang tahun pertama rampasan kuasa

Anggaran Waktu Membaca:
Penentang junta anjur bantahan merata Myanmar sempena ulang tahun pertama rampasan kuasa

Penunjuk perasaan di Yangon pada 5 Dis 2021 adakan bantahan terhadap rampasan kuasa tentera Myanmar. (Gambar: AFP/STR)

MYANMAR: Sempena ulang tahun pertama tentera berkuasa di Myanmar, ketua junta Jeneral Min Aung Hlaing berucap ke seluruh negara pagi tadi (1 Feb). 

Jeneral Min berkata beliau akan memudahkan lawatan utusan-utusan khas ASEAN dan PBB ke Myanmar.

Menjelang setahun rampasan kuasa tentera itu, Amerika Syarikat, Britain dan Kanada sudahpun mengenakan sekatan baru terhadap tujuh individu dan dua entiti yang ada kaitan dengan tentera Myanmar.

Para penentang rampasan kuasa tentera mengadakan bantahan secara senyap di merata negara termasuk di bandar terbesarnya, Yangon.

Bantahan itu diadakan sedemikian rupa setelah pihak tentera mengancam akan menggunakan undang-undang antipengganasan terhadap sesiapa yang menyertai tunjuk perasaan tersebut.

Lantaran itu sebagai bentuk bantahan mereka, orang ramai tidak keluar rumah atau membuka kedai dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang tadi.

Namun, pagi tadi berlaku tunjuk perasaan di Mandalay sebelum bermulanya bantahan secara senyap itu.

Tentera merampas kuasa pada 1 Februari tahun lalu.

Alasan berlaku penipuan undi secara besar-besaran semasa Pilihan Raya Umum tahun 2020 yang dimenangi Parti Liga Nasional Bagi Demokrasi (NLD), pimpinan penerima Hadiah Nobel Perdamaian, Aung San Suu Kyi.

Beliau dan beberapa pemimpin NLD yang lain, ditangkap.

Rampasan kuasa tentera itu mencetuskan bantahan besar-besaran.

Pasukan keselamatan pula didakwa sudah pun membunuh ratusan orang bagi menamatkan tentangan terhadap tentera.

Mantan Pengerusi Misi Pencari Fakta Antarabangsa mengenai Myanmar berkata sungguhpun Ketua tentera Jeneral Min Aung Hlaing bercakap tentang keamanan dalam ucapannya ke seluruh negara, namun keadaan sebenar di lapangan adalah sebaliknya.

Sepanjang 11 bulan lalu, jumlah konflik dan insiden berbalas tembakan melonjak 700 peratus, menjangkaui apa yang berlaku di Afghanistan, Yaman dan Iraq.

ASEAN sudahpun melakar hala tuju dan ia adalah satu-satunya garis panduan yang ada buat masa ini. 

Setengah juta orang kehilangan tempat tinggal sepanjang 11 bulan lalu.

Sumber : Agensi berita/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan