Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penemuan tapak kaki harimau di Cameron Highlands, Perhilitan pastikan tiada ancaman

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan aduan kelibat harimau di Cameron Highlands yang tular di media sosial sejak Jumaat (11 Feb) adalah berasas dengan penemuan tapak kaki haiwan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:

KUANTAN: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang mengesahkan aduan kelibat harimau di Cameron Highlands yang tular di media sosial sejak Jumaat (11 Feb) adalah berasas dengan penemuan tapak kaki haiwan tersebut. 

Pengarahnya Rozidan Md Yasin berkata pihaknya menerima aduan berkaitan perkara itu pada Khamis (10 Feb) dan siasatan menemukan kesan tapak kaki kira-kira satu kilometer (km) dari perkampungan Orang Asli Kampung Ubi di situ. 

"Pemantauan di lokasi kejadian serta kawasan sekitar sedang dijalankan oleh kakitangan Perhilitan Pahang dan Perak. Pemantauan akan diteruskan bagi memastikan harimau itu kembali ke habitatnya dan tiada ancaman kepada penduduk," katanya semasa dihubungi hari ini (12 Feb). 

Rozidan mengulas mengenai rakaman video tular berdurasi 26 saat yang menunjukkan haiwan pemangsa itu berada di kawasan semak didakwa berlaku di Cameron Highlands. 

Ia adalah video kedua berkaitan kelibat harimau belang selepas video pertama berdurasi 17 saat tular pada 5 Februari lalu yang dikatakan berlaku di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands. 

Bagaimanapun, pada 7 Februari lalu, Setiausaha Kerajaan Pahang Dr Sallehuddin Ishak menerusi kenyataan media berkata pemeriksaan oleh Unit Harimau, Perhilitan Perak mendapati lokasi sebenar harimau itu ialah di Ladang Agroto, Perak berhampiran dengan Hutan Simpan Bukit Tapah, Perak. 

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan