Penemuan serpihan rangka kapal purba di Pulau Melaka
Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Melaka mewartakan kawasan penemuan serpihan kayu dipercayai rangka sebuah kapal berusia lebih 1,200 tahun di Pulau Melaka sebagai zon larangan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggalian oleh Jabatan Warisan Negara (JWN).
Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh berkata pewartaan itu bertujuan mengelak sebarang pencerobohan pihak tidak berkenaan serta memastikan semua penemuan artifak di kawasan itu diselamatkan, sekali gus proses pemuliharaan dapat dilaksanakan.
“Kawasan ini akan diwartakan sebagai zon larangan sehingga kerja-kerja penerokaan ini selesai kerana kawasan di sini adalah satu kawasan berharga bukan sahaja untuk Melaka tetapi juga negara.
“Penemuan ini penting dalam usaha kita memperbetulkan sejarah yang selama ini dipandu oleh catatan-catatan sejarah sebelum ini... banyak fakta sejarah kita mungkin telah diubah,” katanya pada Khamis (6 Nov).
Beliau berkata demikian selepas melakukan lawatan ke tapak penggalian itu, yang turut dihadiri Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Abdul Razak Abdul Rahman dan Ketua Pengarah JWN Mohamad Muda Bahadin.
Mengulas lanjut, Encik Ab Rauf berkata kerajaan negeri akan memohon peruntukan daripada kerajaan pusat bagi memastikan kerja-kerja penggalian aset negara itu dapat dijalankan secara meluas untuk memperoleh lebih banyak penemuan.

“Kerja-kerja penggalian dijangka mengambil masa panjang kerana ia melibatkan banyak proses dan ramai pihak terlibat bermula di peringkat cari gali, pakar arkeologi dan pakar sejarah… sudah tentu ia memerlukan bajet yang mencukupi.
“Kami juga akan bantu dari segi bajet dan memberi kerjasama penuh kepada pihak JWN, Perbadanan Muzium Melaka (Perzim), kumpulan penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) agar misi ini berjalan lancar,” katanya.
Beliau berkata semua artifak atau penemuan sejarah itu akan dikaji secara teliti bagi mendapatkan pengesahan usia serta latar belakang bahan sejarah berkenaan sebelum dipamerkan kepada orang ramai di muzium di bawah Perzim.
Sebelum ini, media melaporkan penemuan sekeping papan kayu dipercayai serpihan daripada badan sebuah kapal yang ditemui di Pulau Melaka bakal membuka lembaran baharu dalam naratif sejarah dan kegiatan maritim di Melaka, sebelum ketibaan Parameswara di negeri berkenaan.
Penemuan itu dipercayai sebuah kapal milik golongan bangsawan berusia antara 1,200 hingga 1,300 tahun, jauh lebih awal daripada sejarah rasmi Melaka yang bermula sekitar 1262 atau abad ke-13.
Kerja-kerja penggalian tu turut menemukan serpihan porselin dan duit syiling dipercayai digunakan pada era Sultan Mahmud Shah.

Sumber : Bernama/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.