Penemuan bom di kereta Siti Kassim adalah jenayah serius, kata polis M'sia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/Siti Kasim)
KUALA LUMPUR: Polis Malaysia masih mengesan suspek yang meletakkan alat letupan yang diubah suai (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.
Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, polis kini sedang giat mengesan suspek melalui cap jari dan bukti lain yang berkaitan, lapor Sinar Harian.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh Polis Kontinjen Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi pada Isnin (24 Jul).
Encik Razarudin berkata, polis mengambil tindakan agresif dalam siasatan dan tidak akan membiarkan individu tidak bertanggungjawab melakukan jenayah sedemikian.
"Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes berkenaan yang boleh mengganggu siasatan," katanya.
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Penolong Pesuruhjaya Amihizam Abdul Shukor mengesahkan dua objek ditemui di bahagian bawah kereta Siti Kasim atau nama sebenar Siti Zabedah Kassim adalah IED, seperti dinukil laporan Sinar Harian.
Beliau dilaporkan berkata, ia berdasarkan siasatan dilakukan pihak Unit Pemusnah Bom (UPB).
Pada Jumaat (21 Jul) lalu, Siti Kasim dalam siaran langsung Facebook mendakwa keretanya diletakkan objek menyerupai bom.
Siti Kasim berkata, dia menyedari objek yang diletakkan di bahagian tayar itu ketika menghantar kenderaannya ke pusat servis pada pukul 12.00 tengah hari.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.