Skip to main content

Dunia

Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia pada usia 89 tahun

Ahli virologi warga Perancis, Luc Montagnier yang memenangi Hadiah Nobel pada 2008 kerana menemui virus HIV, meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Penemu virus HIV, Luc Montagnier meninggal dunia pada usia 89 tahun

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 11 Feb 2022 10:52AM

PARIS: Ahli virologi warga Perancis, Luc Montagnier yang memenangi Hadiah Nobel pada 2008 kerana menemui virus HIV, meninggal dunia pada usia 89 tahun.

Berita mengenai pemergiannya disahkan oleh pegawai pemerintah Perancis yang memaklumkan Montagnier meninggal dunia pada Selasa (8 Feb) di Hospital Amerika di Paris.

Butiran lain tidak didedahkan.

Montagnier mengetuai pasukan yang mengenal pasti virus HIV, penyebab utama AIDS pada tahun 1983.

Beliau turut berkongsi Hadiah Nobel dalam bidang perubatan yang dimenanginya pada 2008 bersama rakannya Francoise Barre-Sinoussi.

Menteri Pelajaran Tinggi dan Penyelidikan Perancis Frederique Vidal mengucapkan takziah kepada keluarga Montagnier dalam satu kenyataan pada Khamis serta memuji penyelidikan mendiang berkenaan HIV.

Montagnier dilahirkan pada tahun 1932 di Chabris iaitu sebuah kampung kecil di Perancis.

Menurut laman web rasmi Hadiah Nobel, Montagnier mempelajari ilmu perubatan di Poitiers dan Paris.

Mendiang menyertai Pusat Penyelidikan Saintifik Kebangsaan (CNRS) pada tahun 1960 dan dilantik sebagai ketua Jabatan Virologi di Institut Pasteur pada tahun 1972.

Pada tahun 1983, mendiang bersama Barre-Sinoussi mengetuai pasukan di Institut Pasteur yang menemui virus HIV dan seterusnya menjelaskan bagaimana ia menjadi punca penyakit AIDS.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita