Skip to main content

Dunia

Penduduk Yogyakarta digesa siap sedia hadapi Taufan Herman

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menggesa penduduk supaya bersiap sedia menghadapi taufan tropika Herman, yang boleh menyebabkan cuaca melampau dalam bentuk hujan lebat berserta angin kencang di Yogyakarta.

Anggaran Waktu Membaca:
YOGYAKARTA: Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) Indonesia menggesa penduduk supaya bersiap sedia menghadapi taufan tropika Herman, yang boleh menyebabkan cuaca melampau dalam bentuk hujan lebat berserta angin kencang di Yogyakarta.

"Taufan Herman menambah bekalan angin di wilayah Jawa, jadi aktiviti gumpalan awan juga meningkat. Ini menyebabkan keadaan cuaca agak melampau di daerah Jawa dan Yogyakarta, kata Ketua Stesen Kaji Cuaca BMKG Yogyakarta, Warjono pada Jumaat (31 Mac).

Menurutnya, taufan tropika itu diramalkan menjadi aktif sehingga 4 April 2023.

Beliau menjelaskan bahawa kedudukan taufan tersebut dikesan pada Rabu (29 Mac) di Lautan Hindi, selatan Jawa Tengah dan Yogyakarta dan diramalkan bergerak ke arah tenggara pada kelajuan lima batu nautika sejam.

Taufan Herman kemudian diramalkan bergerak ke arah bahagian tengah perairan Indonesia dan kembali bergerak ke arah barat.

Encik Warjono menambah pergerakan taufan itu akan menyebabkan cuaca melampau serupa dengan apa yang berlaku di Yogyakarta baru-baru ini.

"Ia mungkin menyebabkan hujan lebat diiringi dengan tiupan angin dan mungkin juga hujan batu," katanya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita