Penduduk utara Sydney dinasihatkan berlindung daripada kebakaran belukar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: ABC/AFP)
SYDNEY: Amaran kecemasan dikeluarkan bagi kebakaran belukar yang tidak terkawal di pantai utara Sydney pada Sabtu (21 Sep), sementara anggota bomba dan pesawat pengebom air berusaha untuk memperlahankan api kebakaran di kawasan itu daripada merebak, lapor Xinhua.
Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) di New South Wales, Australia mengeluarkan amaran bagi kawasan Cromer Heights, di utara Sydney, akibat kebakaran belukar yang besar.
Penduduk Cromer Heights diberi amaran agar mencari perlindungan secepat mungkin selepas kebakaran belukar berhampiran Oxford Falls merebak ke timur berikutan tiupan angin kencang.
RFS kemudian menaikkan amaran kepada tahap kecemasan, iaitu tahap tertinggi.
Ia menasihatkan para penduduk di kawasan terlibat supaya berlindung di bangunan kukuh seperti rumah ketika kebakaran menghampiri, sambil berkata “Sudah terlambat untuk keluar.”
Rakaman video dan gambar kebakaran menunjukkan kepulan asap yang besar di kawasan itu.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.