Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk terjejas akan dipindahkan ke tempat lebih selamat susuli kebakaran loji Pertamina

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia akan memindahkan para penduduk yang tinggal berhampiran sebuah loji penyimpanan bahan api yang mengalami kebakaran malam kelmarin.

Sekurang-kurangnya 16 orang maut dalam kejadian itu.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata, satu lagi pilihan adalah memindahkan loji di Jakarta itu ke tempat yang lebih selamat.

Menurutnya lagi, keputusan akan dibuat dalam masa sehari dua.

Encik Jokowi menambah, tiada seorang pun akan dibenarkan tinggal berhampiran loji tersebut.

Beliau telah menziarahi para penduduk terjejas yang kini berteduh di tempat-tempat perlindungan sementara di Plumpang.

Berpuluh-puluh penduduk dilaporkan cedera dan beratus-ratus yang lain kehilangan tempat tinggal menyusuli kebakaran itu.

Encik Jokowi juga telah mengarahkan audit dijalankan ke atas infrastruktur serupa di merata negara itu bagi mencegah kejadian serupa.
Sumber : Reuters/KH/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan