Penduduk Syria rai ulang tahun pertama kejatuhan rejim al-Assad
Rakyat Syria membanjiri jalan-jalan utama di seluruh negara pada Isnin (8 Dis) untuk meraikan ulang tahun pertama kejatuhan rejim Bashar al-Assad, menandakan titik perubahan penting dalam sejarah moden negara itu selepas lebih sedekad konflik berdarah, lapor Astro Awani.
Anggaran Waktu Membaca:
DAMSYIK: Rakyat Syria membanjiri jalan-jalan utama di seluruh negara pada Isnin (8 Dis) untuk meraikan ulang tahun pertama kejatuhan rejim Bashar al-Assad, menandakan titik perubahan penting dalam sejarah moden negara itu selepas lebih sedekad konflik berdarah, lapor Astro Awani.
Perayaan yang berlangsung meriah itu menyaksikan kibaran bendera, pertunjukan bunga api, nyanyian patriotik dan tarian rakyat di bandar-bandar utama seperti Damsyik, Aleppo dan Homs.
Sambutan tersebut memperingati kejayaan kempen kilat selama 11 hari oleh pasukan pembangkang yang menumbangkan pemerintahan dinasti al-Assad selama 53 tahun.
Presiden Syria semasa, Ahmed al-Sharaa, mantan pemimpin gerakan pembangkang, memulakan hari bersejarah itu dengan menunaikan solat Subuh di Masjid Umayyad di Damsyik sambil mengenakan pakaian seragam tentera.
Dalam ucapannya selepas solat, beliau berikrar untuk membina semula Syria sambil menegaskan bahawa tiada kuasa luar yang akan menghalang usaha pemulihan negara itu.
“Tiada halangan yang akan menghalang kita. Kita akan hadapi semua cabaran, insya-Allah,” kata Encik al-Sharaa dengan penuh semangat, seperti yang ditukil Astro Awani.
Sambutan bermula sejak hujung minggu lalu, dengan pihak berkuasa menyeru rakyat agar meraikan secara aman dan mengelakkan tembakan ke udara.
Di Dataran Umayyad, ribuan orang berkumpul sambil membawa sepanduk dan potret mangsa perang, sebagai penghormatan kepada mereka yang terkorban sepanjang 14 tahun konflik.
Menurut laporan Astro Awani, kejatuhan al-Assad pada Disember 2024 membuka lembaran baharu buat Syria, yang kini berusaha memulihkan ekonomi dan membina semula infrastrukturnya yang musnah.
Menurut laporan, hampir 1.8 juta rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal dan 780,000 pelarian sudah kembali ke tanah air sejak kejatuhan rejim lama.
Namun, cabaran masih besar. Walaupun suasana umum dipenuhi harapan, sesetengah pihak menyuarakan kebimbangan terhadap masa depan politik negara itu, termasuk kelewatan dalam pelaksanaan pilihan raya umum yang dijadualkan hanya pada 2029.
Meskipun begitu, ulang tahun ini tetap menjadi simbol kebangkitan rakyat Syria, satu detik yang diraikan dengan penuh emosi dan semangat perpaduan, menandakan harapan baharu untuk keamanan dan pembaharuan selepas bertahun-tahun menderita.

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.