Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Sulawesi ini tangkap buaya 4.3m dengan hanya guna tali

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Seorang lelaki 53 tahun bernama Usman mendapat pujian penduduk kampungnya di Lasalimu Selatan, Buton, Sulawesi Tenggara, Indonesia selepas berjaya menangkap seekor buaya sepanjang 4 meter (m) seorang diri, lapor Reuters.

Sebuah video menunjukkan Usman tanpa gentar mengikat beberapa bahagian tubuh buaya besar itu dengan menggunakan tali.

Menurutnya reptilia itu dilihat berkeliaran di sekitar kawasan tersebut selama sekurang-kurangnya dua hari, menakutkan penduduk di kampung itu.

"Jika dibiarkan, ia akan naik ke darat dan kami tidak boleh masuk ke kawasan sawah padi," kata Usman.

"Ada juga saluran kumbahan di sekitar jalan raya di sini, iaitu kawasan di mana penduduk kampung memancing. Keadaan akan menjadi berbahaya jika haiwan itu masuk ke arah saluran kumbahan. Jadi saya harus ambil risiko mencegahnya," kata beliau.

Tindakan Usman itu mendapat pujian penduduk kampung Ambau Indah.

"Apa yang Usman sudah lakukan sangat dihargai oleh masyarakat. Ada daripada penduduk juga menganggap bahawa tindakan beliau seperti wira kerana beliau sudah menyelamatkan ramai orang yang mungkin boleh menjadi mangsa, kata Umar Siddiq Al Farizi.

Sebelum ini, terdapat beberapa serangan buaya di kawasan itu, tambah beliau.

Buaya berukuran 4.3 meter itu akan dilepaskan kembali ke kawasan hutan, kata seorang pegawai di Agensi Pemuliharaan Sumber Asli tempatan.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan