Skip to main content

Dunia

Penduduk selatan China siap siaga hadapi Taufan Yagi

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk selatan China siap siaga hadapi Taufan Yagi

Penduduk berjalan di sepanjang pantai itu selepas sebuah tongkang dihanyutkan ke darat akibat Ribut Tropika Yagi di Rosario, Wilayah Cavite, pada 3 September 2024. (Gambar: JAM STA ROSA / AFP)

HONG KONG: Beberapa wilayah dan bandar di selatan China sedang bersiap siaga menghadapi ketibaan taufan ganas Yagi.

Sekolah-sekolah telah diarahkan ditutup dan penerbangan ditangguhkan, dengan Taufan Yagi dijangka membadai pantai tropika Hainan, yang disifatkan sebagai ribut paling ganas bakal melanda dalam tempoh hampir sedekad.

Taufan Yagi diklasifikasikan sebagai taufan ganas pada Rabu (4 Sep) malam. Ia kini berada sekitar 610 kilomter dari tenggara Daerah Xuwen, Bandar Zhanjiang, Wilayah Guangdong, menurut Pejabat Meteorologi China pada Khamis (5 Sep).

Taufan Yagi dijangka menuju ke bahagian barat pada kelajuan 10 hingga 15 kilometer sejam (kmj), membawa hujan lebat ke kawasan pantai selatan Guangdong dan pulau Hainan.

Ia dijangka membadai kawasan pantai dari Qionghai, Hainan ke Dianbai, Guangdong dari sebelah petang hingga malam pada 6 Sep.

Khidmat kereta api dan bot di Hainan digantung pada pagi Khamis, manakala banyak sekolah di seluruh selatan China, termasuk hab kewangan Hong Kong dan hab perjudian Macao, ditutup.

Hong Kong menyatakan ia akan menimbangkan untuk mengeluarkan amaran taufan ketiga tertinggi pada tengah hari Khamis, yang dijangka akan menyebabkan banyak perniagaan ditutup dan mengurangkan khidmat pengangkutan di wilayah tersebut.

Semua penerbangan keluar masuk dari Lapangan Terbang Haikou di Hainan akan digantung dari Khamis pukul 8.00 malam sehingga tengah malam Jumaat, jelas pihak berkuasa tempatan, sedang kawasan pantai dan daya tarikan pelancong tepi pantai ditutup.
Sumber : Reuters/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita