Penduduk Saudi digesa berwaspada terhadap ribut petir, hujan batu

(Gambar: SPA)
RIYADH: Direktorat Am Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa para penduduk agar berhati-hati dan berwaspada terhadap ribut petir yang mungkin melanda kebanyakan kawasan di negara itu, bermula dari Ahad (21 Mei) hingga Khamis (25 Mei).
Menurut direktorat itu, kawasan Makkah, Taif, Maysan, Adham, Al-Khurma, Al-Ardiyat, Turbah, Rania dan Al-Mawiyah akan dilanda hujan sederhana hingga lebat yang mungkin menyebabkan hujan turun mencurah-curah, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu. Kawasan Asir, Al-Baha, Jazan dan Najran juga dijangka terjejas, lapor Saudi Gazette.
Menurut ramalan tersebut, hujan sederhana dan ribut pasir akan melanda Riyadh dan ia merangkumi bandar-bandar di kawasan tersebut, seperti ibu kota, Diriyah, Al-Majma'ah, Al-Zulfi, Al-Ghat, Ramah, Thadiq, Shaqra, Afif, Al-Dawadmi, Al-Quwaiyah, Al-Muzahimiya, Dhurma, Huraymila, Al-Aflaj, Wadi Al-Dawasir, Al-Sulail, Al-Kharj, Hotat Bani Tamim, Al-Hariq, Al-Bajadia dan Al-Dalam.
Wilayah Timur dan Al-Qassim akan turut terjejas oleh keadaan cuaca serupa.
Ribut petir ringan hingga sederhana dan angin kencang, menyebabkan debu, dijangka melanda kawasan Tabuk, Al-Jouf, Semapdan Utara, Madinah dan Hail.
Direktorat itu turut menggesa menggesa orang ramai supaya berlindung di tempat selamat semasa hujan, dan menjauhi tempat-tempat di mana air mengalir, termasuk paya air dan lembah.
Ia turut menasihatkan para penduduk supaya jangan berenang di takungan air kerana ia berbahaya dan tidak selamat.
Direktorat tersebut turut menekankan bahawa para penduduk harus mematuhi arahan yang diumumkannya menerusi beberapa saluran media dan laman media sosialnya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.