Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Quebec berdegil tidak mahu ambil vaksin COVID-19 akan diwajibkan bayar cukai

Wilayah Quebec akan mengenakan cukai kesihatan kepada para penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:

KANADA: Wilayah Quebec akan mengenakan cukai kesihatan kepada para penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Demikian menurut Ketua Menterinya Francois Legault pada Selasa (11 Jan), seperti dinukil BBC News.

Quebec, yang menyaksikan jumlah tertinggi kematian berkaitan COVID-19 di Kanada, kini sedang bergelut dengan lonjakan dalam jumlah kes.

Hanya sekitar 12.8 peratus penduduk Quebec belum divaksin, namun mereka merangkumi hampir separuh daripada kesemua kes jangkitan di hospital, seperti dinukil BBC News.

Menurut data pentadbiran, hanya sekitar 85 peratus penduduk Quebec sudah mendapatkan sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Januari.

Ketua Menteri Francois Legault berkata semasa satu sidang media bahawa mereka yang belum mendapatkan dos vaksin yang pertama perlu membayar "sumbangan".

Jumlahnya belum lagi ditetapkan, namun ia "agak ketara", katanya seperti dinukil BBC News.

Menurutnya lagi, cukai itu diperkenalkan kerana golongan yang tidak mendapat suntikan vaksin tersebut sebenarnya satu beban kewangan kepada semua penduduk di wilayah berkenaan, seperti dinukil Astro AWANI.

Mereka yang tidak divaksinasi atas sebab perubatan akan dikecualikan daripada dikenakan cukai baru itu.

Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan