Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Qatar buka pintu rumah kepada peminat bola sepak merata dunia kenali budaya, tradisi Arab

Anggaran Waktu Membaca:

DOHA: Piala Dunia kali ini membuktikan bahawa ia bukan sekadar medan untuk bertarung kehebatan.

Ia juga memberi peluang bagi menjalin persefahaman dalam kepelbagaian.

Ramai penduduk Qatar mengambil peluang selaku tuan rumah Piala Dunia untuk memperkenalkan budaya dan tradisi mereka kepada peminat bola sepak yang tiba dari merata dunia. 

Antaranya adalah Khalid Al Binali yang giat menganjurkan majlis menonton perlawanan bola di kediamannya bagi peminat bola dari luar negara untuk berhimpun bersama. 

Keluarganya menghidangkan pelbagai makanan dan minuman percuma sambil menayangkan perlawanan Piala Dunia di sebuah skrin besar.

Ada tetamu yang menyangka rumah Khalid ada kaitan dengan Stadium Khalifa kerana terletak betul-betul bersebelahan dengannya. 

Mereka amat menikmati juadah yang dihidangkan, termasuk masakan Timur Tengah, teh dan kopi Arab, sambil mendengar tradisi dan sejarah orang Arab yang dikongsikan. 

"Melancong ke luar negara bukan sekadar mengenali sesuatu tempat, tetapi juga budayanya, mengenali masyarakatnya, mengenali makanannya dan ini cukup hebat. 

"Kami ke sini untuk menonton bola sepak tetapi telah meraih lebih dari itu. Inilah pengalaman kami, saling kenal-mengenal, dengan para penduduk tempatan, dengan makanan mereka," kata seorang penyokong pasukan Argentina, Pablo Marcos.

Sumber : Agensi berita/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan