Penduduk petempatan haram Israel baling batu, bakar harta benda sebabkan 4 warga Palestin cedera
Anggaran Waktu Membaca:
RAMALLAH, Tebing Barat: Penduduk di petempatan haram Israel yang berpelitup membaling batu dan membakar lori tenusu, tanah pertanian dan struktur Badwi, mencederakan empat orang pada Selasa (11 Nov) dalam serangan melibatkan penduduk sedemikian yang semakin memuncak di Tebing Barat yang diduduki, kata tentera Israel dan seorang pegawai Palestin.
Pihak tentera berkata tentera dikejarkan ke Beit Lid dan Deir Sharaf selepas puluhan orang awam Israel berpelitup menyerang rakyat Palestin dan membakar harta benda. Ia menyatakan empat warga Palestin dirawat kerana mengalami kecederaan. Pasukan keselamatan sudah meleraikan konfrontasi itu.
Bulan Sabit Merah Palestin menyatakan ia merawat tiga orang yang dipukul dengan kayu dan batu. Polis Israel berkata empat suspek Israel sudah ditangkap dan ditahan untuk disoal siasat.
Pada Jumaat, Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB menyatakan penduduk petempatan haram Israel melancarkan sekurang-kurangnya 264 serangan ke atas rakyat Palestin pada bulan Oktober - jumlah bulanan tertinggi sejak PBB mula menjejaki insiden pada tahun 2006.
Menteri Palestin Muayyad Shaaban, ketua Suruhanjaya Penentangan Penempatan dan Tembok, berkata mereka membakar empat lori milik syarikat tenusu Junaidi, kawasan pertanian, serta bilik zink dan khemah keluarga Badwi, sambil membaling batu ke arah penduduk.
Kemudian, berhampiran Zon Perindustrian Baron, di mana beberapa peneroka berpelitup itu berkumpul semula, mereka menyerang tentera dan merosakkan kenderaan tentera, kata pihak tentera.
Tebing Barat, yang menempatkan 2.7 juta rakyat Palestin, sudah lama menjadi tumpuan utama bagi perancangan untuk negara Palestin masa depan yang wujud bersama Israel. Pemerintah Israel yang terus-menerus memperluaskan petempatan dengan pantas, memecahbelahkan tanah tersebut.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, rakyat Palestin dan kebanyakan negara menganggap petempatan itu sebagai haram di bawah undang-undang antarabangsa.
Israel mempertikaikan hal itu, dengan alasan kaitannya berdasarkan kitab Injil dengan tanah itu dan kebimbangan keselamatan. Kira-kira setengah juta peneroka Israel tinggal di Tebing Barat.

Sumber : Reuters/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.