Penduduk Palu yang terselamat dari bencana hayati Ramadan di rumah baharu
Anggaran Waktu Membaca:
PALU: Penduduk Sulawesi Tengah yang terselamat daripada gempa bumi dan tsunami dahsyat pada 2018, berpindah masuk ke perumahan kekal mereka baru-baru ini.
Lantas, ini adalah kali pertama mereka menjalani bulan Ramadan dan menyambut Syawal di rumah baharu tersebut.
Malah kerja-kerja pembangunan semula masih berjalan di Palu, selepas hampir tujuh tahun gempa bumi berukuran 7.5 magnitud menggoncang kota itu.
Gempa itu disusuli dengan ombak tsunami dan pencecairan tanah, yang meragut lebih 5,000 nyawa.
Kawasan pantai yang dahulunya terbuka, kini dilindungi oleh penambakan dan sebatang jalan raya yang direka khusus untuk mencegah kesan dahsyat tsunami pada masa depan.
Namun parut terus kekal, peringatan suram kepada amukan alam semula jadi.
ESTET BAHARU DIBINA
Tidak jauh dari pantai, bangkit satu penempatan baharu - estet perumahan Talise yang dibina oleh pemerintah Indonesia untuk para mangsa yang terselamat dari bencana.
Masdar Yusi, 60 tahun, menerima kunci rumahnya sekitar dua bulan lalu selepas beberapa tahun tinggal di tempat berteduh sementara.
Beliau berkata: "Rumah itu tidak perlu dipilih, di mana saja, blok apa saja, ambil saja. Alhamdulillah, perasaan lega rasanya kerana dengan adanya rumah, walaupun rumah belum diratakan, tetap kita senang tinggal di sini dengan isteri."
Achmad, seorang lagi penduduk yang terselamat, juga akan meluangkan Ramadan pertamanya di kompleks perumahan Talise.
Lelaki berusia 38 tahun ini, yang rumah tepi pantainya musnah dibadai tsunami, berkata tidak mudah untuk mendapatkan sebuah unit di kompleks itu.
Encik Achmad berkata: "Kesulitannya, dokumen-dokumen memang harus sesuai seperti tanah, memang kita harus punya tanah sendiri. Tanah sesuai dengan nama sendiri. Sijil harus dengan nama sendiri."
Estet perumahan Talise merupakan satu daripada lima tempat tinggal kekal di Palu. Ia dibina untuk para mangsa yang kehilangan rumah mereka ketika bencana menimpa pada 2018.
Di Talise, sebuah kejiranan di pinggir Palu, lebih 540 rumah telah dibina untuk mangsa yang terselamat daripada gempa bumi dan tsunami yang melanda Sulawesi Tengah pada 2018.
Selain menyediakan rumah, pihak berkuasa juga telah membangunkan ruang rekreasi seluas 4.5 hektar ini untuk penduduk di situ.
Sekitar 15 minit perjalanan kereta dari estet perumahan Talise, terletak sebuah tanah perkuburan awam, juga di atas bukit.
Di situlah kebanyakan mangsa bencana 2018 dikebumikan.
Menjelang Ramadan, para penduduk menziarahi perkuburan tersebut untuk mendoakan orang tersayang.
Seorang ibu kepada mangsa tsunami 2018, Sumiati berkata: "Namanya anak. Beza kalau anak meninggal. Anak memang dari lahir, dari perut ibu kan? Pastinya setiap saat lihat adik-adiknya kecil, enam adiknya, dia yang menjaga.
"Di saat-saat tertentu kita selalu ingat dia. Adik adiknya juga kadang nangis cari kakaknya."
Amalan menziarahi kubur sebelum Ramadan adalah lumrah bagi penduduk Islam di serata Indonesia.
"Orang ke kubur itu untuk berziarah bila-bila saja boleh. Yang terpenting adalah setiap jemaah itu mengingat bahawasanya satu saat dia akan juga ke dalam kubur. Sehingga mengingatkan kembali terhadap saudara-saudaranya yang sudah meninggal dan mendoakan itu," kata Setiausaha Masjid Agung Palu Juni Hasani.
Ramadan juga merupakan masa untuk merenung kembali dan bertafakur.
Para penduduk Palu yang terselamat memanjatkan doa bagi keselamatan dan kemakmuran mereka dalam mengharungi cabaran kehidupan.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.