Skip to main content

Dunia

Penduduk Palestin, wartawan Reuters diserang peneroka Israel ketika tuai zaitun di Tebing Barat

Beberapa peneroka Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin, aktivis dan wartawan pada Sabtu (8 Nov) yang berkumpul untuk cuba memetik buah zaitun berhampiran pondok penempatan di Tebing Barat yang diduduki Israel, menurut para saksi.
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Palestin, wartawan Reuters diserang peneroka Israel ketika tuai zaitun di Tebing Barat
Penasihat keselamatan Reuters, Grant Bowden, membantu jurugambar Reuters, Raneen Sawafta, beredar dari lokasi selepas berlaku serangan oleh peneroka Israel berhampiran Nablus di Tebing Barat yang diduduki Israel, pada 8 November 2025. (Gambar: REUTERS/Nidal Eshtayeh)
BAITULMAKDIS: Beberapa peneroka Israel menyerang sekumpulan penduduk Palestin, aktivis dan wartawan pada Sabtu (8 Nov) yang berkumpul untuk cuba memetik buah zaitun berhampiran pondok penempatan di Tebing Barat yang diduduki Israel, menurut para saksi.

Dua kakitangan Reuters - seorang wartawan dan seorang penasihat keselamatan yang menemaninya - merupakan antara mereka yang cedera dalam serangan oleh beberapa individu yang menggunakan kayu dan belantan serta membaling batu besar, di sebuah kawasan berhampiran perkampungan Beita.

Kawasan itu yang terletak di selatran bandar Nablus di Tebing Barat, sejak beberapa tahun kebelakangan ini menjadi titik panas bagi serangan peneroka, yang semakin bertambah sejak perang di Gaza bermula dua tahun lalu.

Serangan sedemikian meningkat semasa musim menuai buah zaitun pada tahun ini, yang bermula pada Oktober lalu.

Sedang jumlah serangan sedemikian meningkat, penduduk Israel dan aktivis-aktivis lain sering menyertai usaha penduduk Palestin bagi menegakkan hak mereka untuk menuai buah zaitun, di samping merakam sebarang kejadian keganasan.

Para aktivis atau penduduk Palestin tempatan sering memaklumkan kepada para wartawan mengenai rancangan untuk menuai buah zaitun, supaya mereka boleh hadir untuk melaporkan, khususnya, di kawasan sering berlaku serangan melibatkan peneroka Israel.

Pondok-pondok penempatan, yang lazimnya terdiri daripada deretan karavan atau struktur binaan kekal, dibina tanpa kelulusan pihak berkuasa Israel.

Penduduk Palestin dan kebanyakan negara menganggap sebarang penempatan Israel sebagai menyalahi undang-undang antarabangsa. Namun, Israel mempertikaikan perkara tersebut.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita