Penduduk Palestin bantah Perjanjian Ibrahim; dianggap sebagai satu pengkhianatan
Para penduduk Palestin di Gaza, membantah Perjanjian Ibrahim sebagai satu pengkhianatan kepada perjuangan mewujudkan sebuah negara Palestin.
GAZA: Para penduduk Palestin di Gaza, membantah Perjanjian Ibrahim sebagai satu pengkhianatan kepada perjuangan mewujudkan sebuah negara Palestin.
Mereka mendakwa perjanjian tersebut sekadar menggantung saja rancangan Israel untuk merampas semua tanah Arab tetapi tidak menawarkan huraian kepada pertikaian antara Israel dengan Palestin.
Ratusan orang juga membantah perjanjian tersebut di luar kawasan Rumah Putih dengan penyertaan Persatuan Yahudi Menentang Zionisme.
Menurut ketuanya seorang paderi Yahudi, tidak akan ada perdamaian selagi Israel menduduki wilayah Palestin.
Lebih 40 pertubuhan di Amerika juga mengeluarkan kenyataan bersama menyifatkan Amiriah Arab Bersatu (UAE) sebagai penyokong Israel merampas tanah Palestin.
Sementara itu, tentera Israel membedil Gaza dini hari tadi, sebagai membalas pelancaran dua roket ke atas Israel oleh Hamas yang cuba menghalang pemeteraian Perjanjian Ibrahim.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.