Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Okinawa undi dalam pungutan suara penempatan semula pangkalan tentera Amerika

Penduduk di Okinawa, Jepun, mengundi dalam satu pungutan suara hari ini (24 Feb), terhadap rancangan penempatan semula pangkalan tentera Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Feb 2019 07:28PM Dikemas Kini : 24 Feb 2019 09:13PM

OKINAWA: JEPUN: Penduduk di Okinawa, Jepun, mengundi dalam satu pungutan suara hari ini (24 Feb), terhadap rancangan penempatan semula pangkalan tentera Amerika.

Pangkalan Askar Marin Amerika Futenma sekarang terletak di kawasan yang padat penduduk di pulau Okinawa.

Kerajaan pusat Jepun mahu memindahkan pangkalan itu ke sebuah kawasan tepi pantai yang kurang penduduk.

Bagaimanapun para penduduk menentang rancangan itu.

Majoriti mereka mahu pangkalan itu dipindahkan keluar sama sekali dari Okinawa.

Mereka marah dengan bunyi bising, kadar kemalangan dan jenayah yang dilakukan oleh askar-askar dan pekerja awam di pangkalan tersebut.

Tinjauan awal menunjukkan sehingga dua pertiga daripada 1.2 juta penduduk Okinawa dijangka menentang rancangan penempatan semula itu.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan