Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk NSW tidak lagi perlu guna pelitup di tempat tertutup mulai 1 Mac

Anggaran Waktu Membaca:

SYDNEY: Pemerintah wilayah New South Wales (NSW) dijangka akan menarik balik, antara lain, sekatan-sekatan COVID-19 yang paling "menjengkelkan", sedang jumlah kes COVID-19 dan pesakit yang dirawat di hospital semakin merosot. 

Mulai 1 Mac, pelitup tidak lagi perlu digunakan di tempat-tempat tertutup, termasuk di pejabat dan makluman untuk penduduk bekerja di rumah jika boleh, akan ditarik balik. 

Perubahan kepada mandat kod QR, had kapasiti dan larangan bernyanyi dan menari di pusat-pusat hiburan juga akan dipertimbangkan, selepas langkah-langkah itu dilanjutkan ke hujung Februari lewat bulan lalu.

Ketua Menteri NSW memberitahu para wartawan pada Ahad (6 Feb) bahawa ia adalah "tugas sivik" bagi pemerintah di bawah pimpinannya untuk membawa balik para pekerja ke bandar itu, sambil mendedahkan bahawa ia akan memanfaatkan masyarakat dari sudut "sosial dan ekonomi".

Pemerintah juga sedang mempertimbangkan untuk mengurangkan duit tambang untuk pengangkutan awam ke bandar itu bagi hari-hari tertentu, lebih banyak persembahan muzik secara langsung dan juga acara-acara tambahan untuk menjadikan bandar itu satu tempat yang lebih menawan untuk dikunjungi dan bekerja. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan