Skip to main content

Dunia

Penduduk New York terpesona dengan pancaran cahaya biru di langit

Satu letupan yang berlaku di sebuah loji jana kuasa di New York City, Amerika Syarikat pada sebelah petang Khamis (27 Dis) menerangi langit dengan cahaya biru yang menggerunkan - dan mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial, menurut laporan berita BBC.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk New York terpesona dengan pancaran cahaya biru di langit

(Gambar: Daniel Fietta/Twitter)

Diterbitkan : 28 Dec 2018 11:22PM Dikemas Kini : 28 Dec 2018 11:31PM

NEW YORK CITY: Satu letupan yang berlaku di sebuah loji jana kuasa di New York City, Amerika Syarikat pada sebelah petang Khamis (27 Dis) menerangi langit dengan cahaya biru yang menggerunkan - dan mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial, menurut laporan berita BBC.

Insiden berkenaan menyebabkan sesetengah pengguna media sosial tertanya-tanya sama ada makhluk asing sudah mendarat di bumi.

Menurut laporan ABC, insiden itu berlaku sekitar pukul 9.00 malam di loji Con Edison di Astoria East dan North Queens, yang terletak di 20th Avenue dan 32nd Street di Astoria.

Ada pula pengguna media sosial berpendapat bahawa kuasa ghaib mungkin punca di sebalik cahaya biru tersebut.

Bagaimanapun, Jabatan Polis New York menerusi catatan di laman Twitternya menjelaskan kepada orang awam bahawa cahaya biru berkenaan disebabkan oleh satu perkara yang bukan luar biasa.

Con Edison turut mengeluarkan satu kenyataan pada Jumaat (28 Dis) bagi menerangkan insiden tersebut.

"Masalah elektrik pada alat dengan nilai kuasa 138,000 volt itu menyebabkan pancaran elektrik yang dapat dilihat di sekitar kawasan yang luas. Peralatan terjejas sudahpun diasingkan ke satu bahagian dalam pencawang itu."

Sementara itu, bekalan elektrik yang terputus itu menjejas Lapangan Terbang LaGuardia di New York yang memberi amaran kepada para penumpang untuk bersedia menghadapi kelengahan.

Cahaya berwarna biru itu disebabkan oleh cara arus elektrik mengalir ke udara, menurut laporan BBC.

Warna cahaya itu bergantung kepada jenis atom yang terlibat, dengan cahaya biru dikaitkan dengan atom-atom gas oksigen.  

Sumber : Agensi berita/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita