Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Melaka digalak pakai pelitup di tempat awam

Anggaran Waktu Membaca:
MELAKA: Kerajaan negeri Melaka menggalak orang ramai supaya memakai pelitup di tempat awam termasuk di sekolah, terutama membabitkan mereka yang bergejala COVID-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem berkata berkata langkah itu sebagai salah satu usaha untuk mengekang penularan COVID-19 di negeri itu walaupun kes harian wabak berkenaan dilaporkan semakin berkurangan.

"Melaka akan mengikuti saranan, garis panduan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan atau dikeluarkan KKM sekiranya ada, dan setakat ini pemakaian pelitup di tempat awam hanya disarankan, bukan diwajibkan.

"Namun sekiranya dalam masa terdekat, pemakaian pelitup diwajibkan, maka kita akan mengikuti SOP itu," katanya ketika ditemui para pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Kerajaan Negeri Melaka di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) pada Sabtu (29 Apr).

KKM sebelum ini mengesyorkan pemakaian pelitup dilaksanakan semula di semua sekolah berikutan kebimbangan peningkatan kembali kes COVID-19 selain penularan varian baru dikenali sebagai XBB.1.16 atau Arcturus.
 
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan