Penduduk kawasan risiko banjir di M'sia disaran pindah lebih awal
Anggaran Waktu Membaca:

Menteri Wilayah Persekutuan Dr Shahidan Kassim (Gambar: BERNAMA)
KUALA LUMPUR: Penduduk di kawasan berpotensi banjir di Wilayah Persekutuan disaran untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) dua hari lebih awal dari tarikh jangkaan berlaku banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan Dr Shahidan Kassim berkata tindakan itu dilakukan agar dapat mengurangkan penggunaan aset terutamanya bot dan kenderaan berat boleh semasa proses perpindahan dijalankan.
"Jawatankuasa Pengurusan Bencana peringkat Wilayah Persekutuan bersetuju pada dasarnya, mangsa banjir akan berpindah dua hari sebelum banjir dan balik ke rumah masing-masing, dua hari selepas banjir,” katanya dalam rakaman video mengenai kesiapsiagaan jawatankuasa itu dalam menghadapi banjir di Wilayah Persekutuan.
"Apabila banjir surut, kita akan benarkan mereka (mangsa banjir) berada di PPS selama dua hari lagi untuk memastikan supaya rumah yang mereka balik itu telah dicuci dan selamat diduduki,” tambahnya.
Dalam usaha memberi keselesaan kepada mangsa banjir, Dr Shahidan berkata bilik air baru juga akan dibina di semua PPS di Wilayah Persekutuan sebagai tambahan kepada bilik air sedia ada.

Sumber : Bernama/NY/ny
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.