Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk kampung terpaksa pindah dek kebakaran di Baitulmakdis

Penduduk beberapa kampung di pinggir Baitulmakdis dipindahkan pada Ahad (15 Ogos) berikutan kebakaran hutan yang besar, menurut polis Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk kampung terpaksa pindah dek kebakaran di Baitulmakdis

Sebuah pesawat bomba memadamkan api kebakaran hutan di kawasan pergunungan Baitulmakdis berdekatan Moshav Shoresh pada 15 Ogos 2021. (Gambar: Menahem KAHANA/AFP)

Diterbitkan : 16 Aug 2021 10:41AM Dikemas Kini : 16 Aug 2021 10:43AM

BAITULMAKDIS: Penduduk beberapa kampung di pinggir Baitulmakdis dipindahkan pada Ahad (15 Ogos) berikutan kebakaran hutan yang besar, menurut polis Israel.

Para anggota bomba dengan sokongan pesawat pemadam api berusaha mengawal kebakaran yang menyebabkan asap tebal menyelubungi dada langit di sebahagian besar bandar itu.

Seorang jurucakap bagi Pejabat Perdana Menteri Naftali Bennett berkata beliau mengadakan mesyuarat khas dengan para pegawai keselamatan.

Menurut kenyataan polis, antara kampung yang terancam ialah Beit Meir, Shoeva, Kissalon, Guvat Yearim dan Ramat Raziel di barat Baitulmakdis.

Semua perkampungan itu terletak berhampiran lebuh raya utama yang menghubungkan bandar itu dengan hab komersil Israel, Tel Aviv.

Para penduduk dipindahkan dan beberapa jalan raya dikepung, tambah polis.

"Ini adalah antara kebakaran paling besar di bandar Baitulmakdis sejak beberapa tahun kebelakangan ini," kata Nissim Touitou, ketua bomba daerah itu, dalam satu sidang media yang disiarkan di televisyen.

Awal dari itu, seorang jurucakap pasukan bomba Baitulmakdis berkata angin kencang merebakkan api kebakaran dan menggesa para anggota bomba dari beberapa daerah lain untuk membantu memadamkannya.

Satu kebakaran meletus di kawasan sama lebih seminggu lalu tetapi ia dapat segera dikawal.

Punca kebakaran pada Ahad masih belum diketahui.

Beberapa negara Mediterranean lain juga bergelut dengan kebakaran hutan, termasuk Greece, Turki dan Algeria, di tengah-tengah peningkatan suhu sejak beberapa minggu kebelakangan ini. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan