Skip to main content

Dunia

Penduduk Iraq luang masa di taman permainan pada hari pertama Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Iraq luang masa di taman permainan pada hari pertama Aidilfitri

Penduduk Iraq luang masa di taman permainan pada hari pertama Aidilfitri. (Petikan gambar: Video AP)

BAGHDAD: Syawal disambut meriah para penduduk beragama Islam di ibu kota Iraq, Baghdad, di mana ramai meluangkan masa bersama keluarga di taman-taman permainan yang dibangunkan di daerah Sadr.

Kanak-kanak kedengaran ketawa keriangan mencuba pelbagai permainan di taman tersebut, termasuk Roda Ferris.

"Suasananya menghibakan. Semoga Iraq terus dikurniakan keselamatan dan keamanan. Kami bawa anak-anak ke taman permainan dengan cuaca sangat baik," luah penduduk Baghdad, Abu Hassan.
Perkara serupa turut diluahkan sebilangan penduduk lain.

"Negara ini memerlukan peluang sebegitu kerana sudah banyak yang kita lalui," kata Encik Kadhim Mahmoud.

Di Iraq, sambutan Aidilfitri diraikan selama tiga hari di mana orang ramai akan berkunjung sanak saudara dan bertukar-tukar buah tangan.
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita