Penduduk Indonesia bangkit semula susuli banjir ganas di Sumatra; angka korban cecah 417 orang
Memerhatikan kemusnahan di kampungnya yang dilanda banjir di Indonesia, Cik Fitriati berasa hampa dan amat memerlukan bantuan menyusuli bencana alam dahsyat yang meragut ratusan nyawa di pulau Sumatra.
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
BANDA ACEH: Memerhatikan kemusnahan di kampungnya yang dilanda banjir di Indonesia, Cik Fitriati berasa hampa dan amat memerlukan bantuan menyusuli bencana alam dahsyat yang meragut ratusan nyawa di pulau Sumatra.
“Ini kali pertama banjir seteruk ini. Sebelum ini pernah banjir, tetapi tidak seteruk ini,” kata wanita berusia 40 tahun itu sambil memeriksa kerosakan akibat hujan monsun lebat selama beberapa hari.
Daripada lebih 400 kematian berkaitan cuaca yang direkodkan dalam tempoh seminggu lalu di pulau Indonesia tersebut, sekurang-kurangnya 54 orang terkorban di wilayah Aceh, tempat tinggal Cik Fitriati dan di mana hampir 50,000 keluarga terpaksa dipindahkan akibat banjir dan tanah runtuh.
Data rasmi pada Ahad malam menunjukkan angka korban banjir di Sumatra sudah mencecah 417, lapor Reuters.
Bagi sebahagian penduduk, kejadian tersebut mencetuskan kembali trauma tsunami yang memusnahkan Aceh pada 2004, mengorbankan lebih 170,000 orang di wilayah itu sahaja.
“Pada masa itu, apa yang saya fikirkan hanyalah untuk mencari cara menyelamatkan diri. Kami sangat takut. Amat takut,” kata Maulidin, 41, penduduk Aceh Utara, kepada AFP.
Cik Fitriati sedang tidur di rumah apabila banjir melanda pada Rabu malam (26 Nov).
Tersedar oleh deruan air dari sungai berhampiran, beliau mengejutkan keluarganya dan melarikan diri setelah melihat paras air naik dengan cepat.
“Rumah saya sudah musnah, semua barang saya rosak, lumpur memenuhi bahagian dalam rumah,” kata beliau.
Rumah itu senget, tertimbus lumpur hampir ke bumbung, dengan retakan di seluruh dinding.
Mengenang kembali banjir sebelum ini, Cik Fitriati berkata: “Banjir sebelum ini hanya setinggi dada dan surut dalam sehari. Ia tidak memusnahkan rumah atau menyebabkan kematian. Ini sangat teruk.”
“Saya tidak tahu lagi apa hendak dikatakan apabila melihat keadaan rumah kami sebegini. Kalau saya menangis, air mata pun sudah tidak keluar. Air mata saya sudah kering,” tambahnya.
“Kami benar-benar berharap mendapat bantuan supaya kami tidak kelaparan.”
“TSUNAMI KEDUA”
Di sebuah kampung di wilayah Sumatra Barat, di mana pihak berkuasa melaporkan sekurang-kurangnya 90 kematian, Afrianti Usnia sedang membersihkan lumpur dan serpihan dari rumahnya.
Ketika banjir melanda, beliau hanya sempat mengambil beberapa helai pakaian untuk bayinya sebelum melarikan diri ke rumah saudaranya.
“Air datang seperti ombak besar. Semua barangan saya hilang,” kata suri rumah berusia 39 tahun itu kepada AFP.
“Saya masih trauma, tetapi kehidupan kami memang di kampung ini. Saya berharap pemerintah dapat berlaku adil. Kami sering terjejas akibat banjir, tetapi kami tidak pernah menerima bantuan daripada pemerintah.”
Pihak berkuasa sudah menjalankan operasi pengubahsuaian cuaca untuk mengalihkan hujan serta mengagihkan bantuan menggunakan pesawat dan kapal tentera ke kawasan-kawasan terjejas.
Namun video kecurian muncul secara online. Tindakan tersebut dipercayai berlaku kerana sebahagian penduduk tidak tahu bila bantuan akan tiba.
Portal berita Detik melaporkan pada Sabtu bahawa sebuah pasar raya Indomaret di Sibolga, Sumatra Utara, dicuri.
Kejadian itu disahkan oleh pengarah komunikasi pemasaran Indomaret, Bastari Akmal, yang memberitahu Detik bahawa banyak jalan yang tertimbus tanah runtuh, menyukarkan bantuan bencana untuk tiba ke lokasi.
Indomaret belum memutuskan sama ada ia akan mengambil tindakan undang-undang berhubung perkara tersebut, sambil menambah: “Perkara paling penting ialah keadaan di kawasan itu kembali normal secepat mungkin, dan semua bentuk bantuan tiba tepat pada waktunya.”
Menteri Lingkungan Hidup, Hanif Faisol Nurofiq, berkata kementeriannya sudah menghantar pasukan untuk mengkaji banjir kilat yang melanda tiga buah wilayah, iaitu Aceh, Sumatra Utara dan Sumatra Barat.
“Kami akan meneliti butirannya dan mengambil langkah yang sewajarnya,” katanya di Banjarbaru, Kalimantan Selatan, pada Sabtu, seperti yang dilaporkan agensi berita Antara.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) menyatakan bahawa Taufan seperti Senyar, yang membadai Sumatra, jarang berlaku di Selat Melaka.
“Ini menunjukkan bahawa iklim tidak lagi dapat diramal, dan memerlukan kita untuk memperkukuh ketahanan dalam melindungi alam,” kata Encik Hanif Faisol.
Beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan penguatkuasaan perancangan ruang alam sekitar dan meningkatkan usaha bagi melindungi, memulihkan dan mempertingkatkan kualiti alam sekitar, khususnya melalui langkah menanam lebih banyak tumbuhan.
Dalam pada itu, akses dan komunikasi di banyak kawasan masih terputus.
“Keadaan di beberapa kawasan sangat kritikal, dengan beberapa kampung masih terperangkap dalam banjir dan tidak dapat diakses,” kata Gabenor Aceh, Muzakir Manaf kepada wartawan lewat Sabtu.
“Ia seolah-olah Aceh sedang mengalami tsunami kedua.”

Sumber : Agensi berita/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.