Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Hong Kong serbu rak pasar raya, lonjakan kes COVID-19 jejas bekalan

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Hong Kong serbu rak pasar raya, lonjakan kes COVID-19 jejas bekalan

Penduduk Hong Kong mengosongkan kesemua rak-rak tisu setelah dilanda COVID-19 pada 6 Februari 2020. (Gambar: Philip Fong/AFP)

Diterbitkan : 08 Feb 2022 08:47AM Dikemas Kini : 08 Feb 2022 08:48AM

HONG KONG: Penduduk Hong Kong berpusu-pusu ke pasar raya dan pasar makanan segar kejiranan pada Isnin (7 Feb) untuk membeli stok sayur-sayuran, mi dan keperluan lain selepas jumlah kes jangkitan COVID-19 meningkat di bandar itu dan berlaku gangguan pengangkutan di sempadan dengan tanah besar China.

Bandar dengan 7.5 juta penduduk itu melaporkan rekod 614 kes koronavirus pada Isnin, dalam ujian terbesar dalam strategi sifar COVID di wilayah China tersebut.

Hong Kong mengimport 90 peratus bekalan makanannya, dengan tanah besar menjadi sumber terpenting, terutama sekali bagi makanan segar. Para pembeli sudah pun melihat kekurangan beberapa barangan import asing, termasuk makanan laut premium, disebabkan sekatan ketat penerbangan.

Pemerintah cuba meredakan kebimbangan tentang kekurangan makanan dari tanah besar selepas beberapa pemandu trak yang merentas sempadan disahkan positif koronavirus.

Beberapa pemandu terpaksa mengasingkan diri tetapi secara keseluruhan bekalan makanan segar "kekal stabil", walaupun terdapat kemerosotan bekalan sayur-sayuran ke pasaran tertentu, menurut pemerintah itu pada Ahad ( 6 Feb).

John Chan, seorang penjual sayur-sayuran, berkata gangguan itu menyaksikan kemerosotan bekalan sebanyak 30 peratus, termasuk produk seperti kubis bunga Cina. Beliau memberi amaran bahawa ratusan kilogram sayur-sayuran yang akan tiba pada Selasa(8 Feb) mungkin tidak dapat sampai.

"Saya masih tidak tahu sama ada mereka boleh menyeberangi sempadan. Jika tidak ada, harga akan terus meningkat atau kita tidak ada apa-apa untuk dijual."

Sumber : Reuters/KF/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa