Penduduk Hong Kong kecewa hasil 'dialog awam' pertama Carrie Lam
Para penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong melahirkan rasa kecewa dengan hasil dialog awam pertama yang diadakan Ketua Eksekutif wilayah khas China itu pada Khamis malam (26 Sep).
Cik Carrie Lam (tengah) adakan dialog bersama pihak prodemokrasi pada 26 Sep (Gambar: AFP/Nicolas Asfouri)
HONG KONG: Para penunjuk perasaan prodemokrasi di Hong Kong melahirkan rasa kecewa dengan hasil dialog awam pertama yang diadakan Ketua Eksekutif wilayah khas China itu pada Khamis malam (26 Sep)
Akhbar-akhbar tempatan juga berasa kecewa namun menyifatkannya sebagai langkah pertama yang baik.
Dialog awam ini merupakan salah satu langkah pentadbiran Cik Carrie Lam untuk menamatkan bantahan antipemerintah sejak Jun lalu.
150 pesertanya dipilih secara rambang daripada sekitar 20,000 orang yang mendaftar untuk menyertai dialog tersebut.
Selama lebih dua jam, Cik Lam dihujani dengan pelbagai soalan dari 30 peserta.
Mereka menuduh Cik Lam mengabaikan orang awam dan gagal menangani pergolakan sosial di Hong Kong.
Beliau juga dibidas kerana didakwa mengekang kebebasan pilihan raya dan enggan mengadakan siasatan bebas mengenai dakwaan tentang kekejaman yang dilakukan pihak polis terhadap para penunjuk perasaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.