Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Gaza boleh dapatkan rawatan perubatan di Jepun: PM Ishiba

Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menawarkan jagaan perubatan kepada penduduk Gaza yang sakit dan cedera, kata Perdana Menteri Shigeru Ishiba.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Gaza boleh dapatkan rawatan perubatan di Jepun: PM Ishiba

Seorang kanak-kanak Palestin diusung masuk ke dalam ambulans oleh anggota perubatan sebelum dibawa melepasi Lintasan Rafah ke Mesir pada 1 Feb 2025. (Gambar: AP/Jehad Alshrafi)

TOKYO: Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk menawarkan jagaan perubatan kepada penduduk Gaza yang sakit dan cedera, kata Perdana Menteri Shigeru Ishiba.

PM Ishiba memberitahu satu sesi parlimen pada Isnin (3 Feb)bahawa pentadbirannya sedang melakarkan dasar untuk menghulurkan bantuan kepada 'penduduk Gaza yang sakit atau cedera' di Jepun.

Selain itu, Tokyo Juga sedang mempertimbangkan untuk menawarkan peluang pendidikan kepada penduduk Gaza, yang kini di bawah gencatan senjata bersama Israel.

Encik Ishiba menjawab pertanyaan seoranganggota parlimen sama ada skim 2017 untuk menerima pelarian Syria sebagai pelajar boleh digunakan sebagai rujukan untuk membantu penduduk Gaza.

"Kami sedang pertimbangkan untuk melancarkan program serupa di Gaza dan pihak kerajaan akan berusaha merealisasikan rancangan itu," katanya.

Langkah-langkah yang dibincangkan di parlimen berbeza dengan dasar suaka Jepun, yang selama ini dikritik kerana jumlah permohonan rendah diberi kelulusan oleh kerajaan.

Pada 2023, Jepun menerima 1,310 pemohon suaka - kurang 10 peratus daripada keseluruhan jumlah pemohon sebanyak 13,823 orang.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan