Penduduk Gaza bergelut pulih daripada kesan hujan lebat yang korbankan 12 orang
Penduduk Palestin menaiki kereta keldai untuk meredah jalan yang dibanjiri air hujan di Gaza City pada 12 Dis 2025. (Gambar: Reuters/Mahmoud Issa)
Hujan lebat itu yang mencurahkan lebih 150 mililiter hujan terhadap sebahagian Gaza sepanjang minggu lalu, menyebabkan laluan menjadi berlumpur dan khemah-khemah dinaiki air banjir di kem perlindungan bagi penduduk yang kehilangan tempat tinggal.
Kementerian Kesihatan Gaza, sebahagian daripada pemerintah dikendalikan Hamas, menyatakan pada Selasa bahawa bayi berusia dua minggu itu maut disebabkan oleh hipotermia kerana cuaca hujan.
Bayi itu dibawa ke hospital beberapa hari lalu dan dipindahkan ke unit jagaan rapi tetapi meninggal dunia pada Isnin.
Di Gaza City, seorang lelaki meninggal dunia pada Selasa selepas sebuah rumah yang sudah pun mengalami kerosakan dalam serangan Israel, runtuh disebabkan hujan lebat, menurut Hospital Shifa.
Anggota keluarga al-Hosari berkata 30 orang tinggal di bangunan itu, tetapi hanya sembilan berada di rumah apabila ia runtuh.
Lelaki yang terkorban itu adalah seorang pekerja yang datang untuk membaiki tembok bangunan itu, katanya.
Lagi lima orang cedera.
Kementerian Kesihatan juga menyatakan baki 10 orang terkorban pada minggu lalu, juga daripada runtuhan bangunaan akibat hujan dan angin kencang.
Para pekerja kecemasan memberi amaran kepada para penduduk supaya tidak berkumpul dalam bangunan-bangunan yang sudah rosak atas keprihatinan ia boleh runtuh, walaupun kebanyakan daripada wilayah itu hanya tinggal serpihan runtuhan, justeru tiada banyak tempat bagi para penduduk berlindung daripada hujan lebat.
Pada Julai lalu, Pusat Satelit Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menganggarkan hampir 80 peratus bangunan di Gaza musnah atau rosak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.