Penduduk diarah pindah sedang banjir memburuk di beberapa wilayah Australia
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: EPA/Erik Anderson)
SYDNEY: Krisis banjir besar keempat di Australia tahun ini sudah memasuki bulan kedua.
Ini sekali gus memaksa beratus-ratus penduduk di bandar utama New South Wales berpindah.
Pihak berkuasa memberi amaran risiko banjir sangat tinggi buat masa ini, disebabkan oleh air bah yang lambat surut.
Kira-kira 90 ribu penduduk di bandar wilayah Wagga Wagga, Gunnedah, dan Forbes sudah dipindahkan ke tempat-tempat yang selamat.
Malah, banjir di Forbes dianggarkan mencecah paras tertinggi dalam tempoh 70 tahun esok.
Khidmat kecemasan di New South Wales menjalankan 15 operasi menyelamatkan mangsa banjir dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Lebih 100 amaran kecemasan sudahpun dikeluarkan.
Para penduduk yang bimbang sedang berusaha sedaya upaya untuk membantu satu sama lain menghadapi banjir.
Sementara itu, pihak berkuasa sudahpun mengumumkan bantuan bencana bernilai sekurang-kurangnya A$2 bilion (S$1.8 bilion), untuk membantu ribuan penduduk membaiki kediaman masing-masing dan bagi yang lain untuk berpindah daripada kawasan-kawasan yang mudah terdedah kepada bencana banjir.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/LL/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.