Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk di Kelantan bimbang 5 gajah liar berkeliaran

 Lebih 300 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5, di sini, bimbang dengan keselamatan mereka apabila sekumpulan lima ekor gajah liar memasuki perkampungan itu selain memusnahkan tanaman mereka sejak sebulan lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk di Kelantan bimbang 5 gajah liar berkeliaran

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 25 Dec 2020 02:14PM Dikemas Kini : 25 Dec 2020 02:18PM

GUA MUSANG: Lebih 300 penduduk Orang Asli di Kampung Aring 5, di sini, bimbang dengan keselamatan mereka apabila sekumpulan lima ekor gajah liar memasuki perkampungan itu selain memusnahkan tanaman mereka sejak sebulan lalu.

Seorang penduduk, Encik Zul Hek, 43, berkata kumpulan haiwan tersebut memasuki perkampungan mereka sebanyak tiga kali dalam tempoh berkenaan.

“Kumpulan gajah liar ini sentiasa berkeliaran di kawasan berdekatan kediaman penduduk antara 1 hingga 5 pagi menyebabkan ada antara kami yang terpaksa berjaga malam kerana bimbang rumah turut dimusnahkan haiwan ini.

“Setakat ini belum ada kejadian tidak diingini terhadap penduduk, cuma tanaman kami seperti pokok pisang dan getah musnah dipijak dan dimakan gajah terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung berkenaan hari ini (25 Dis).

Seorang lagi penduduk Encik Rahmat Yahya, 32, meminta pihak berkuasa mempercepatkan tindakan menangani ancaman gajah terbabit.

"Pokok getah itu adalah projek ladang yang dibuka Jabatan Kemajuan Orang Asli untuk menyediakan punca pendapatan kepada kaum Orang Asli.

"Tapi bila kami ke kebun tersebut pagi tadi kami terkejut melihat sebahagian pokok getah terbabit tumbang dan musnah dipijak haiwan berkenaan,” katanya.

Menurutnya dia percaya kumpulan haiwan berkenaan berlindung di kawasan hutan berhampiran dan keluar pada malam hari untuk mencari makanan. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan