Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk dewasa AS mungkin perlu ambil dos baru suntikan vaksin cegah campak

Penduduk dewasa Amerika Syarikat yang mendapat suntikan vaksin mencegah campak beberapa dekad lalu mungkin terpaksa mengambil dos baru.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk dewasa AS mungkin perlu ambil dos baru suntikan vaksin cegah campak

(Gambar fail: Reuters/Eric Gaillard)

Diterbitkan : 29 Apr 2019 11:05AM Dikemas Kini : 29 Apr 2019 11:06AM

NEW YORK: Penduduk dewasa Amerika Syarikat yang mendapat suntikan vaksin mencegah campak beberapa dekad lalu mungkin terpaksa mengambil dos baru.

Demikian menurut para pakar kesihatan awam yang memerangi penularan terbesar virus campak di negara itu.

Sehingga 10 peratus daripada 695 kes campak disahkan dalam penularan sekarang berlaku kepada mereka yang sudah menerima satu atau dua dos vaksin.

Maka itu pusat kawalan dan pencegahan penyakit atau CDC Amerika Syarikat mencadangkan, individu yang tinggal atau mengunjungi kawasan penularan campak perlu memeriksa status vaksin dan mempertimbangkan untuk mendapatkan dos baru.

Pakar penyakit berjangkit di Universiti Perubatan Chicago, Dr Allison Bartlett, berkata ‘pendedahan berterusan kepada jangkitan’, adalah punca penduduk dewasa berisiko tinggi untuk kembali dijangkiti campak seperti pekerja kesihatan, dinasihatkan supaya mendapatkan dos kedua vaksin campak jika tidak pernah mengambilnya.

Peringatan itu dikeluarkan sedang beberapa kawasan di Amerika Syarikat mengalami kes penularan campak yang cepat berjangkit.

Sumber : Agensi berita/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan