Penduduk dekat Gunung Merapi mula dipindah
Kali terakhir, letusan besar Gunung Merapi berlaku ialah pada 2010 dengan 347 jiwa terkorban dan 20,000 penduduk dipindahkan.
Gunung Merapi di Indonesia adalah antara gunung berapi paling aktif di dunia (Gambar: AFP)
YOGYAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia mula memindahkan penduduk di kawasan pergunungan Gunung Merapi hari ini (6 Nov) menyusuli kegiatan gunung berapi yang semakin mengganas.
Ketua pusat Penyelidikan dan Pengembangan Teknologi bencana Geologi
Yogyakarta Hanik Humaida memberi amaran gunung berapi paling aktif di Indonesia itu boleh meletus pada bila-bila masa dan mengeluarkan awan panas sehingga 5 kilometer di cerun gunung.
Seorang pegawai agensi pencegahan bencana tempatan, Edy Susanto, berkata sekitar 300 penduduk dari dua kampung, kebanyakannya warga tua, wanita hamil dan kanak-kanak dibawa ke tempat perlindungan kecemasan di wilayah Magelang, Jawa Tengah.
Encik Susanto berkata pihak berkuasa sedang membuat untuk memindahkan penduduk yang tinggal 6 kilometer sekitar gunung itu. Langkah-langkah kecemasan itu dilakukan sedang Jawa Tengah dan Yogyakarta terus memantau situasi dengan rapi.
Semalam, agensi kaji geologi Indonesia menaikkan tahap amaran Merapi ke tahap kedua tertinggi selepas sensor-sensor mengesan kegiatan semakin mengganas.
Gunung setinggi 2,968 meter itu terletak kira-kira 30 kilometer dari pusat bandar Yogyakarta.
Sekitar 250,000 penduduk tinggal dalam lingkungan 10 kilometer sekeliling gunung berapi itu.
Kali terakhir, letusan besar Gunung Merapi berlaku ialah pada 2010 dengan 347 jiwa terkorban dan 20,000 penduduk dipindahkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.