Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk 'bersantai' di pasar raya nikmati hawa dingin sedang gelombang haba cecah rekod tinggi

Anggaran Waktu Membaca:
 Penduduk 'bersantai' di pasar raya nikmati hawa dingin sedang gelombang haba cecah rekod tinggi

(Gambar: Petikan Video Youtube/South China Morning Post)

CHONGQING: Di bandar mega Chongqing yang terletak di barat daya China, sebuah pasar raya dibanjiri dengan warga emas. Namun bukan kerana terdapat potongan harga barangan di sana.

Sebaliknya, mereka duduk di pasar raya itu untuk menikmati hawa dingin bagi mengastasi cuaca panas di negara itu.

Ramai warga emas duduk di antara lorong-lorong barangan sedang gelombang haba mencecah rekod tertinggi, yang kini memasuki bulan ketiga, dengan suhu mencecah lebih 40 darjah Selsius.

Ramai penduduk yang mengunjungi pasar raya itu, sanggup membawa bangku-bangku kecil ataupun kerusi kayu daripada rumah untuk berkampung di pasar raya berkenaan. Ini dapat dilihat menerusi video yang dimuat naik ke platform media sosial Douyin pada 19 Ogos.

Warga emas itu sudah mengunjungi pasar raya berkenaan selepas pukul 7.00 malam selama sebulan setakat ini, kata pemilik pasar raya kepada media China.

Warga emas di kawasan lain di China juga dilihat mencari perlindungan di pasar raya untuk mengelak daripada cuaca panas.

Ada penduduk juga dirakam tertidur di salah satu rak pasar raya di wilayah Hubei, China.
Kakitangan pasar raya cuba untuk menghalau keluar penduduk itu namun tidak diendahkan, lapor media China.

Suhu di Chongqing mencecah 45 darjah Selsius minggu lalu. China Selatan mencatatkan tempoh suhu tinggi paling berlarutan sejak rekod bermula lebih 60 tahun lalu, menurut pihak berkuasa China.

Pihak berkuasa China terpaksa mengkuatkuasakan sekatan bekalan elektrik di kawasan bandar dalam usaha untuk menangani lonjakan permintaan bagi elektrik, yang sebahagiannya didorong oleh penggunaan meningkat alat pendingin hawa.
Sumber : Today/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan